Sebut Harga(quotation) merupakan satu dokumen penting bagi menganggarkan sesuatu harga, bahan dan ciri khusus pada projek cetakan tersebut. Pentingnya juga untuk mendapatkan sebut harga dari pencetak yang bereputasi baik bagi memastikan anda dapat menjimatkan masa & wang. Syarikat atau kedai percetakan juga memerlukan maklumat yang tepat untuk memberikan sebut harga yang tepat kepada anda. Ianya bergantung kepada kriteria yang anda mahukan berkaitan dengan kuantiti, jenis kertas/bahan, karya reka bentuk dan pelbagai aspek yang lain. Berikut merupakan senarai yang perlu diberi kepada pencetak oleh pelanggan :

Maklumat Untuk Dihubungi

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memberikan seberapa banyak maklumat yang lengkap kepada pencetak. Antaranya seperti nama, nombor telefon, alamat email dan nama syarikat atau organisasi(jika ada)

Tarikh Akhir

Jangka masa untuk setiap kerja cetakan adalah penting dan harus ditentukan dengan jelas terlebih dahulu. Beri tarikh kepada pencetak untuk menghantar karya seni dan juga penghantaran terakhir. Ini kerana pihak pencetak juga mempunyai jangka masa kerja cetakannya sendiri. Saranan kami adalah anda perlu menyebutkan jangka masa yang anda perlukan dan daripada itu pihak pencetak akan dapat memberi saranan atau nasihat yang sesuai dengan berkaitan dengan waktu yang dapat disiapkan.

Karya Design

Sila maklumkan sekiranya anda memerlukan sebut harga untuk kerja percetakan sahaja atau bersama-sama dengan karya reka bentuk atau design. Kebiasaanya mana-mana syarikat percetakan akan mengenakan caj yang berasingan untuk servis reka bentuk atau design. Akan tetapi, akan ada juga keadaan dimana harga cetakan dan design dimasukkan sekali ini kerana mungkin ianya adalah dibawah satu pakej.

Maklumat Tempahan

Perincian pesanan sangat penting untuk mendapatkan sebut harga yang betul. Pertimbangkan butiran ini semasa membuat pertanyaan untuk sebarang kerja cetakan:

 1. Kuantiti

 Jelaskan secara spesifik berapa jumlah cetakan yang anda perlukan.

2. Saiz

Pencetak perlu mengetahui setiap ukuran kerja cetak atau produk cetakan. Ukuran yang  siap adalah ukuran terakhir setelah selesai mencetak, melipat, mengikat, atau menjilid. Anda juga perlu memberitahu pencetak mengenai sebarang potongan dan bentuk yang disesuaikan.

3. Bilangan Halaman

 Anda juga perlu nyatakan berapa jumlah halaman termasuk kandungan dan muka depan. Semasa mengemukakan pertanyaan untuk percetakan buku ianya sangat penting untuk menyebutkan jumlah muka depan + jumlah halaman kandungan. Sekiranya anda memilih jenis penjilidan “saddle stitch”, halaman anda mestilah dalam penggandaan 4.

4. Jenis Kertas

Perlu diingatkan juga adalah pemilihan jenis kertas. Anda harus memberitahu kepada pencetak jenis kertas yang anda mahukan kerana setiap kertas mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Sekiranya anda tidak mengetahui dengan jelas tentang jenis-jenis kertas yang bersesuaian dengan produk yang ingin dicetak, terus dapatkan khidmat nasihat dari pencetak kerana itu adalah cara yang paling terbaik.

5. Penjilidan (binding)

Adakah anda memerlukan sebarang bentuk binding bagi setiap cetakan anda ? Sekiranya demikian, anda perlu menentukan jenis binding yang anda perlukan atau sekiranya memerlukan bantuan dari pencetak, nyatakan kepada mereka dan pasti anda akan mendapat khidmat nasihat yang baik.

Info Tambahan : Kerja cetakan biasanya menggunakan sistem warna CMYK. Ketahuilah bahawa hasil warna CMYK yang dihasilkan secara digital mungkin berbeza dengan CMYK yang dihasilkan dengan kaedah “offset lithography”. Juga perlu anda nyatakan sekiranya anda memerlukan warna “pantone matching system”(PMS) yang kebanyakannya ditawarkan untuk percetakan yang berkuantiti besar dan biasanya dengan harga yang lebih tinggi.

Mencari kedai percetakan yang bereputasi baik serta menawarkan pelbagai servis cetakan ? Cari kami di sini www.uprint.com.my  atau boleh hubungi mana-mana platform sosial media kami yang ada pada ruangan blog ini. Sekiranya anda  berminat untuk membuat sebut harga, klik link di sini https://docs.google.com/forms/d/