Berikutan dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berjalan, masih ada diantara kedai percetakan yang tidak beroperasi. Sehubungan dengan itu, kami di UPrint juga masih mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. UPrint masih menutup operasi secara fizikal sehingga PKP ditamatkan. Walaubagaimanapun , servis secara online masih dibuka seperti biasa.
Anda boleh membuat tempahan secara dalam talian atau online kerana kami masih beroperasi seperti biasa. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus melalui Whatsapp di talian 60192376082 atau melalui laman web kami www.uprint.com.my
Pelbagai produk yang ditawarkan dan ada juga produk yang terpilih terutama untuk menyokong produk penting. Produk-produk yang menjadi keutamaan UPrint adalah seperti berikut:
- Label & bungkusan – makanan (cth: label kotak kek, label makanan sejuk beku, botol air dll.)
- Label & bungkusan untuk – farmaseutikal(cth: sanitizer, mask)
- Percetakan untuk perkhidmatan penting – kesihatan(klinik & hospital)
- Percetakan untuk perkhidmatan penting – keselamatan(Polis, Tentera, Penguatkuasa).
Kami di UPrint komited dalam membantu Negara membendung wabak Covid-19 dengan cara tidak membenarkan self pickup di premis atau kedai kami. Tempahan akan dihantar kepada anda samada melalui perkhidmatan pos atau rider. Terima kasih atas kerjasama anda. Ayuh kita sepakat bersama untuk putuskan rantaian Covid-19 agar keadaan kembali pulih dengan segera.